Kemunculan industri pengilangan kontrak ataupun OEM semakin mendapat sambutan dalam kalangan usahawan muda di negara ini.<br /><br />Khususnya bagi pengasas yang ingin memulakan jenama perniagaan sendiri dengan modal kecil, sektor perkhidmatan ini sememangnya dapat membantu mereka untuk merealisasikan impian itu.<br /><br />Dengan fasiliti dan jentera pengeluaran yang dibekalkan menerusi industri ini, usahawan dapat mengeluarkan produk sendiri, tanpa perlu memikirkan soal modal untuk membina sebuah kilang.